Bengkel Blogspot


 

Ingin buat laman Blog Perniagaan sendiri?
Tak tahu? Mahal? Susah nak maintain??

Inginkan blog perniagaan seperti ini?



Para Sahabat dan Rakan - Rakan Usahawan Yang Dihormati,
  • Pernahkah anda membina laman web sendiri atau mengupah orang lain membuat laman web perniagaan anda?
  • Adakah anda menghadapi masaalah untuk update laman web anda dengan segera?
  • Adakah anda dikenakan yuran pembaharuan tahunan laman web yang mahal & tidak setimpal dengan servis yang diberikan?
  • Adakah maklumat syarikat anda seperti email dan sebagainya benar - benar selamat dan tidak pernah bocor kepada orang yang anda ‘percayai’?
  • Adakah anda berpuas hati dengan rekabentuk laman web anda sekarang?
  • Pernahkah anda terfikir untuk membuat dan mengawal sendiri laman web anda, tapi tak tahu caranya?
  • Adakah anda ingin membuat laman web seperti web ini?
Kami ada jawapannya..
Blogspot memudahkan anda mencipta blog @ laman web anda sendiri, dan menulis mengenai perkara yang anda gemari secara online tanpa perlu menggunakan perisian Frontpage, Macromedia dan sebagainya. Blogspot juga boleh digunakan untuk membangunkan laman web perniagaan. Blog ini juga dibangunkan menggunakan Blogspot. Kelebihan Blogspot adalah anda boleh mengawal sendiri laman web anda dan tidak perlu mengupah web designer (sehingga RM50 untuk sekali perubahan) untuk mengubah sesuatu maklumat didalam laman web anda dan mendapat alamat perniagaananda.blogspot.com percuma!

bloglumayan
Didalam kursus ini, anda akan didedahkan asas-asas memasang dan menggunakan sistem Blogspot menggunakan nama perniagaananda.blogspot.com sendiri. Atau dengan kata lain, selepas kursus anda sudah mempunyai laman blog/web sendiri dengan alamat www.perniagaananda.blogspot.com. Dengan fasilitator yang berpengalaman dalam dunia internet, kursus ini akan memudahkan anda memulakan blog ataupun laman web perniagaan sendiri.