Bengkel Blogspot


 

Ingin buat laman Blog Perniagaan sendiri?
Tak tahu? Mahal? Susah nak maintain??

Inginkan blog perniagaan seperti ini?



Para Sahabat dan Rakan - Rakan Usahawan Yang Dihormati,
  • Pernahkah anda membina laman web sendiri atau mengupah orang lain membuat laman web perniagaan anda?
  • Adakah anda menghadapi masaalah untuk update laman web anda dengan segera?
  • Adakah anda dikenakan yuran pembaharuan tahunan laman web yang mahal & tidak setimpal dengan servis yang diberikan?
  • Adakah maklumat syarikat anda seperti email dan sebagainya benar - benar selamat dan tidak pernah bocor kepada orang yang anda ‘percayai’?
  • Adakah anda berpuas hati dengan rekabentuk laman web anda sekarang?
  • Pernahkah anda terfikir untuk membuat dan mengawal sendiri laman web anda, tapi tak tahu caranya?
  • Adakah anda ingin membuat laman web seperti web ini?
Kami ada jawapannya..
Blogspot memudahkan anda mencipta blog @ laman web anda sendiri, dan menulis mengenai perkara yang anda gemari secara online tanpa perlu menggunakan perisian Frontpage, Macromedia dan sebagainya. Blogspot juga boleh digunakan untuk membangunkan laman web perniagaan. Blog ini juga dibangunkan menggunakan Blogspot. Kelebihan Blogspot adalah anda boleh mengawal sendiri laman web anda dan tidak perlu mengupah web designer (sehingga RM50 untuk sekali perubahan) untuk mengubah sesuatu maklumat didalam laman web anda dan mendapat alamat perniagaananda.blogspot.com percuma!

bloglumayan
Didalam kursus ini, anda akan didedahkan asas-asas memasang dan menggunakan sistem Blogspot menggunakan nama perniagaananda.blogspot.com sendiri. Atau dengan kata lain, selepas kursus anda sudah mempunyai laman blog/web sendiri dengan alamat www.perniagaananda.blogspot.com. Dengan fasilitator yang berpengalaman dalam dunia internet, kursus ini akan memudahkan anda memulakan blog ataupun laman web perniagaan sendiri.


Bila & Dimana?
Tarikh:
Sabtu, 12hb Disember 2009 (Penuh)
Sabtu, 26hb Disemberl 2009 (Penuh)
Sabtu, 9hb Januari 2010 (Penuh)
Sabtu, 23hb Januari 2010 (Penuh)
Sabtu, 13hb Februari 2010 (Penuh)

Sabtu, 27hb Feb 2010 (Pendaftaran Dibuka)
Sila daftar nama terlebih dahulu.
Masa: 9.30am - 5.30petang (Tea Break disediakan)
Tempat: 4B, Kompleks Perniagaan Asas Jaya
Jalan Stadium, 05250 Alor Star, Kedah Darul Aman

daftar

Siapa patut hadir?

Pemilik perniagaan IKS / Home-based business owner / Penulis blog secara serius atau tidak / Tauke-tauke bisnes online / Penulis novel online / Pengkritik industri filem & musik / Pelajar / Pegawai pemasaran yang kreatif / Pemuisi online / Dan semua yang berminat

Kenapa Perlu Sertai?

Dengan menyertai kursus ini, anda akan dapat faedah yang berkali ganda jika dibandingkan dengan harganya. Caj yang dikenakan oleh web designer (seperti syarikat kami, Bynet Solution) untuk membangunkan sesebuah laman web perniagaan adalah dari serendah RM600 ke RM10,000. Selain itu, anda harus membayar kos update laman web seperti alamat, nombor telefon, nama agen dan sebagainya, walaupun satu huruf!
Anda boleh mencipta Seberapa Banyak Blog Yang Anda Mahu Secara PERCUMA, dan jika mahu anda boleh mengambil upah memasang dan merekabentuk blog perniagaan orang lain dengan kadar RM100 - RM500/blog!!
Didalam kursus ini, anda akan dibimbing sehingga siap laman blog/web perniagaan anda sendiri. Anda juga akan boleh mengawal blog/laman web anda sendiri 24jam sehari.
Selepas kursus, anda akan dibimbing secara online oleh fasilitator melalui ruangan forum online yang diwujudkan untuk bekas peserta selain email dan Yahoo Messenger.

Selain itu, laman blog/web anda akan disenaraikan didalam portal usahawan eDarulaman.net secara percuma bagi membantu mengembangkan perniagaan atau idea anda.
Banyak lagi faedah yang akan anda ketahui setelah dengan menyertai kursus ini!

Apa yang anda dapat?

  • Panduan Asas Blog / Web
  • Konfigurasi Asas Blogspot
  • Tips & Trick tema Blogspot
  • Bagaimana menaikkan kedudukan Trafik web anda
  • Sesi Soal Jawab

10 Modul Kursus

  • Langkah demi langkah untuk membina web perniagaan Blogspot
  • Kursus yang mudah dan praktikal untuk diikuti
  • Bina web anda dalam masa 30 minit dengan Blogspot
  • Bagaimana menggunakan theme Blogspot untuk mencantikkan blog anda
  • 10 plug-ins penting untuk Blogspot
  • Bagaimana untuk membuat post isi kandungan, video terkini, imej menarik, dan muzik ke blog anda secara PERCUMA
  • Bagaimana untuk menjana pendapatan melalui media online (blog)
  • Bagaimana untuk mendapatkan ranking terbaik (page 1 no. 1) di Google
  • Bagaimana mengurus blog anda tanpa mengundang banyak masalah
  • CD Bonus - Semua Berkaitan Blogspot - Theme, Plugins, Software Dll
  • eBook Panduan Lengkap Blogspot (PanduanBlogspot.com) bernilai RM50 PERCUMA

Jom Daftar sekarang!

Jadilah yang terawal untuk belajar bagaimana membina laman web cara
termudah, menggunakan blogspot dan kawal laman web perniagaan anda sendiri!

Harga Promosi RM100 SAHAJA!! Sangat2 Berbaloi..!!
Website pun dapat lepas kursus… Jangan lepaskan peluang ini! Cuma 6 orang sahaja / sesi bagi satu sesi untuk pemahaman maksima..

daftar
Atau anda boleh juga mendaftar terus disini dengan memenuhkan borang pendaftaran, pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan.